Friday, March 6, 2009

Teman,sahabat ,kawan....

Hari ni nak meluahkan sikit isihati dan fikiran ku tentang teman,sahabat& kawan,
aku mempunyai ramai teman untuk bergelak ketawa ,bercerita tentang apa sahaja...semua topik dia boleh masuk dari bab makan sehingga lah ke politik sekarang ni...semua dia tau...tapisedih hatiku dia hanyalah seorang kawan yang blleh bergelak ketawa sahaja...untuk kawan keseronokkan sahaja
Aku juga mempunyai seorang sahabat,sanggup bersusah senang namun hanya di mulut sahaja..menghargai persahabat ,sanggup membantu tapi hanya di mulut sahaja...sedangkan ketika dia memerlukan ,akulah orang pertama yang membantu....
Ku punya seorang teman...kami berkawan ketika di sekolah menengah lagi sehingga sekarang...segalanya sanggup bersusah payah untukku sehinggakan aku malu nak berjumpanya...bila dia tengok sahaja air mukaku..dia tau aku punya masaalah...aku cuba lari darinya hanya kerana aku terlampau menyayangi pertalian ini,aku tak mau keadaan diriku ini akan membebankannya.TApi dia selau berkata padaku...SAHABAT SEPETI APAKAH AKU INI KERANA SANGGUP MELIHAT KAWANKU DIBELENGGU MASAALAH TETAPI AKU TAK MAMPU MEMBANTU,BOLEH LAGI KETAWA....USAH MENANGIS KAWAN ANGGAPLAH SEMUA DUGAAN INI,UJIAN ALLAH..AKU BERSAMAMU....
Tersedu hatiku mendengar bicaranya....TERIMA KASIH ALLAH,SYUKUR SANGGAT KERANA KAU MENGANUGERAHKAN TEMAN SEPERTI ITU

Monday, July 7, 2008

Percutian Ynag Memberi Sejuta Erti

Minggu lepas aku telah pulang ke kampungku di Chini Timur....Disamping bertemu keluarga ,aku telah mengatur satu jadual untuk mengikuti satu kelas asas membuat kek dan deco bersama KAK ZETI (ZATI D'HATI).pelbagai ilmu dan tips yang aku telah pelajari.....walaupun badan terasa letih kerana sepanjang malam berada di atas bas namun kerana ilmu dan waktu yang singkat,ku kuatkan semangat untuk mempelajarinya....TERNYATA BERBALOI.Terima Kasih untuk Kak Zeti kerana begitu sabar mengajarku dan meniupkan semangat ketika aku rasa putus asa...("Awat kak siput ni takmau jadi secantik kak buat"" ish susahnya"bila aku cuba deco menggunakan bc utuk buat shell)sabar ayu dulu kak pun buat macamtu juga....




Jom layan kek-kek hasil deco ku yang pertama tapi bukan dengan kak Zeti tapi dengan kak Anis....maaplaa herot petot sebab fist time pegang noozle & uli fondant...


Saturday, June 28, 2008

Assalamualaikum

Hari ni buat pertama kalinya langkah ku telah setapak lagi.....
cuba membuat blog sendiri...
Petama sekali aku telah editkan gambar sumber kekuatan ku ADAM HARRIZ..satu-satunya anakku.
Sewaktu umurnya setahun....dialah segalanya walaupun kadangkala menyebabkan aku jadi seperti jurulatih perbarisan...menempek"Adam tak reti dok diam kaa".Tapi tampanya ......(hanya hati-hati ibu saja tahu)
Tertanya pada diri sendiri...."apa yang aku nak citer dalam bog ni haa?"
Hangpa tengok laa sendiri nanti naaaa....
yang aku tau aku sangat suka membuat kek,deko cantik -cantik....suka membaca novel ....
dan melayari internat tengok macam -macam resepi dari blog MyresepiDapur Tampa Sempadan,Maklang,Zati D'HAti....hinggalah ke Utara' Apron with Love,Baby Batrisya....
kadangkala tu sampai naik panas telinga depa dok bakar......